Thursday, 3 January 2013

Mengira waktu

Assalamualaikum dan hai..

Sedar tak sedar, cepat saja masa berlalu..hari ni sudah 3 Januari 2013.. Menghitung hari, menanti waktunya..

Lagi seminggu aku dah nak abis praktikal..yeah praktikal atau latihan industri di Wisma TV, Angkasapuri..ala kau mesti kenal RTM kan..4 bulan bagi aku masa yang cukup lama tapi bila dah nak habis nih terus merindui masa - masa lalu..Kejapnya..

i love u or not?

Yang penting report l.i kena siap sebelum presntation nanti..Arghh sudah stress..

Tapi hari ni merupakan hari yang cool bagi aku..Tenang setenang sungai yang bajet ada buaya, setenang kucing besar di RTM yang menanti pintu pagar belakang..

Gila berjalan - jalan dalam Wisma TV tu..sampai tersesat kau tau tak nak pergi cari Unit Drama..rupanya bangunan sebesar - besar tuh pon ada lagi tempat yang aku tak sampai..Harapan nak explore 1 RTM ntah tercapai atau tak..tgk la macam mana..

Risau lak, banyak lagi tape yang kena transfer utk dijadikan master tape..Ntah sempat ntah tak..nampaknya kena cari hari yg sesuai untuk buat semua ni.

Aduh banyak gile la tape nih..

So kawan - kawan, jangan penin kan kepala, serabutkan kepala..kita buat yang mana penting dulu.. Kau orang jangan asyik tidur je, jangan asyik layan Running Man..eh itu aku..hahaha..jangan asyik Wassap ja..jangan asyik main Zombie je..meh siapkan report anda..sebelum dateline. Yeah3x

Korang memang syiokkk!

p/s: Aku suka hari ni, terima kasih sangat kepada penulis skrip, tuan direktor, jurukamera..dan para penonton sekalian.

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum dan hai..

Tum tum tum..berdentum - dentum bunyi mercun di luar sana. Walaupun terhalang dengan bangunan konkrit kiri dan kanan tapi tidak menghalang niat suci murni ikhlas aku untuk mengintai kot2 ada secebis bunga api terpancar di udara..haha

Tapi apa kan daya, setinggi mana bangunan konkrit yang aku diami, ada lagi tinggi untuk aku dongak..Takpe la, at least nampak jugak ciput - ciput kan..



Baru saja berlalunya tahun 2012, sekejap saja masa berlalu..tup tup dah masuk tahun 2013 kan.  Ada pelbagai perasaan yang menghuni dalam jiwa dan fikiran sekarang..

Ada yang gembira dan ada yang sedih..sebab apa? Tak semua short list azam - azam tahun 2012 tercapai, mesti kena postpone ke tahun hadapan..yeay tahun 2013..hehe.. Ada jugak cerita tahun 2012 banyak diisi dengan kekecewaan dan pelbagai perkara pahit tawar hebiaq mengisi jurnal sepanjang tahun kau bukan..

Jadi aku percaya, cerita kau tahun 2012 tidak banyak bezanya berbanding cerita aku..Percayalah, segala dugaan itu tanda kasih sayang Allah S.W.T. Jika kita bersabar dalam melalui segala kehidupan yang mendatang ini ia akan menjadikan kita sebagai seorang yang kental dan kuat orangnya..hehehe

Oleh itu, secara rasminya aku mengucapkan..
Selamat tahun baru 2013. Semoga pengakhiran tahun 2012 membawa erti ke tahun 2013 untuk lebih beristiqamah dan muhasabah diri dalam mencapai azam dan corak kehidupan yang akan kita lalui :)


p/s: Merangka azam baru yang akan mendatangkan berjuta kebaikan..Jeng jeng jeng