Assalamualaikum dan hai..
Tum tum tum..berdentum - dentum bunyi mercun di luar sana. Walaupun terhalang dengan bangunan konkrit kiri dan kanan tapi tidak menghalang niat suci murni ikhlas aku untuk mengintai kot2 ada secebis bunga api terpancar di udara..haha
Tapi apa kan daya, setinggi mana bangunan konkrit yang aku diami, ada lagi tinggi untuk aku dongak..Takpe la, at least nampak jugak ciput - ciput kan..
Baru saja berlalunya tahun 2012, sekejap saja masa berlalu..tup tup dah masuk tahun 2013 kan. Ada pelbagai perasaan yang menghuni dalam jiwa dan fikiran sekarang..
Ada yang gembira dan ada yang sedih..sebab apa? Tak semua short list azam - azam tahun 2012 tercapai, mesti kena postpone ke tahun hadapan..yeay tahun 2013..hehe.. Ada jugak cerita tahun 2012 banyak diisi dengan kekecewaan dan pelbagai perkara pahit tawar hebiaq mengisi jurnal sepanjang tahun kau bukan..
Jadi aku percaya, cerita kau tahun 2012 tidak banyak bezanya berbanding cerita aku..Percayalah, segala dugaan itu tanda kasih sayang Allah S.W.T. Jika kita bersabar dalam melalui segala kehidupan yang mendatang ini ia akan menjadikan kita sebagai seorang yang kental dan kuat orangnya..hehehe
Oleh itu, secara rasminya aku mengucapkan..
Selamat tahun baru 2013. Semoga pengakhiran tahun 2012 membawa erti ke tahun 2013 untuk lebih beristiqamah dan muhasabah diri dalam mencapai azam dan corak kehidupan yang akan kita lalui :)
p/s: Merangka azam baru yang akan mendatangkan berjuta kebaikan..Jeng jeng jeng
selamat tahun baru di ucapkan....di harapkan masih tak terlambat ek????
ReplyDeleteooh belum lagi..hari2 masih hari yang baru bukan sekadar tahun je tahun baru..hehehe
ReplyDelete