Sep demo meeting kat depe, kito amik gambo kat belakang. hehe
p/s: Life nih tak best lau tak warna warni.
|
Wednesday, 13 March 2013
Memoria wink wink
Assalamualaikum dan hai.
Monday, 11 March 2013
Hubungan Jarak Jauh
Assalamualaikum dan hai..
Kalau cakap pasal cinta..semua orang kalut membicarakannya.
Dari kecik sampai la besar..dari sekolah rendah sampai la universiti.
Masing - masing ada pendapat tersendiri. Semua taknak kalah.
Even aku sendiri. Hehehee..
Ekceli aku pun tak pasti sebab apa aku nak cakap sal LDR ni..maybe sebab ade sorg membe aku nih salah seorang dari golongan LDR. Buah hati dia jauh di sempadan negara..
so aku tertanya - tanya..
- Bolehkah LDR nih berkekalan..suwit-suwit?
- Tak takut dengan kes curang ke?
- Tak takut rasa sayang hilang ke?
- Macam mana nak tau LDR nih akan berjaya?
sebab aku salah seorang manusia yang gagal dalam LDR..huhu..entah. bukan jodoh..maybe.
tapi aku tak takut if satu masa nanti kalau tetiba aku jatuh cinta dengan seseorang yang dok jauh dari aku..I will try.. hehehe
Bagi aku..LDR ni ade positive & negative. Macam mana korg fikir, macam mana korang bertindak tuk kekalkan hubungan korg bersama. Cewaahh.
Korang takkan mudah rasa jemu dengan pasangan korg.
Maybe ade yang setuju dengan statement aku.. Well aku tak salahkan korg pun fikir macam tu..Sebab apa kau tau..perasaan perempuan ni kadang - kadang pelik. Dia mudah rasa jemu, bosan if hari - hari hadap benda yang sama je..pagi jumpa, petang jumpa, malam - malam bergayut macam free je kreditnya.
Contoh la, aku memang suke gile la main ZOMbie, tapi kalau hari - hari hadap..perghh stress kot..haha
Hari - hari main tapi hari - hari stress. Arghh. |
Takdenya nak buat benda tak senonoh
Bila berdua bersama mesti ade yang ketiga. So faham - faham je la.
Jimat kos.
Oke. siyes. membe aku setuju dengan statement ni.
Sebab dia cakap, "kalau dekat akan jumpa hari - hari pastu abis banyak duit" hahaha membazirkan. Duit yang korang habiskan tu kalau simpan hari - hari boleh buat kahwin.
Setiap pertemuan sangat bernilai.
Sebab korang bukan dapat jumpa hari - hari. Masing dok jauh. So, bila dapat jumpa, korg akan menikmati masa pertemuan tu..dari situ baru korang tau..perghh memang rindu tuh gile membuak - buak. Korg tak kan tau kenapa terdetik perasaan macam tu..Kalau boleh tuh nak jumpa je setiap masa kan..so cepat - cepat la ajak si dia Kahwin..hehehe
Kemungkinan untuk si dia curang adalah tinggi.
oke. Aku perempuan..sory kalau hal nih buatkan aku emosional. Aku bukan nak kata lelaki tak boleh dipercayai, tapi kalau dok jauh. Tetiba dia senyap tak pun dia ubah sikap..adalah tanda - tanda tu. Lelaki ni pantang kalau jumpa perempuan yang cantik, yang rasa diri dihargai sebab awek dia dok jauh. Lelaki macam nih memang tak bley dipercayai. Depan kata sayang, belakang buat onar. Buat nak kata perempuan ni baik, tapi kalau dia setia..setia nya tetap pada yang satu. Geramnya..dush dush dush.
Hilang kepercayaan.
Aku percaya semua orang rasa benda yang sama. Lagi - lagi orang kesayangan jauh dimata dekat dihati. Korang akan rasa was-was. Betul ke dia setia, betul ke dia tak keluar dengan lelaki/perempuan lain. Betul ke dia tak gedik, gelenya. Dari benda kecik korg akan besarkan macam dinosour punya masalah. Ade orang cakap kita kena cerita dari A - Z..ops, bagi aku tak semua benda kita kena cerita. At least kita bagitau, cerita pada dia. Supaya dia tak berasa curiga dengan kita. So dr situlah kepercayaan korg saling melengkapi.
Gedik + Gatal + Miang = Terluka
Apa yang korg rasa bila org yang korg sayang tangkap gambar manja - manja dengan orang yang korg tak kenal. Pergh gile geram kan..tapi lain la kalau korg dah bagitau kat si dia, and dia faham..mean pasangan korg tuh sporting la..So jangan gatal - gatal nak tangkap gambar dengan org yang boleh timbulkan salah faham, jangan keluar berdua tanpa pengetahuan si dia..terluka beb kalau dia dapat tau.
hahaha..
panjang gile da pendapat aku..sampai membe aku cakap aku buat karangan.
last but not least..dalam sesuatu hubungan kena ade kepercayaan dan kesetiaan untuk saling melengkapi. Kalau zero, takde maknanya dah kau nak teruskan hubungan tu lagi..Hmm..lagi afdal..kau buat la solat sunat istikharah..
Kalau taktau, kau boleh tanya pakcik google oke. In Shaa Allah, pakcik google akan tunjukkan jalan. Korang je kena berusaha.
p/s: beringat.
Sunday, 10 March 2013
Maaf diminta..
Assalamualaikum dan hai..
5 + 5 = 10.
10 jari aku nih..macam nak menari je atas keyboard. Nak meluahkan sesuatu. Bagi pihak hati dan perasaan.
Jaga - jaga hati..jaga - jaga perasaan..beringat. Kau.. kalau taip, tak ingat dah kat dunia luar. Terlalu sangat mengikut perasaan..terlalu sangat mengikut kata hati. Kelak binasa pada diri sendiri.
Aku minta maaf.
Ya..
Maaf..kata - kata yang senang disebut.
Kadang - kadang kau pun tak pasti..apa kata maaf tuh ikhlas dari hati.
Aku cuma manusia biasa. Terpengaruh gerak hati. Terganggu jiwa meronta. Terkesima mentafsir makna. Terluah kata nista. Terpanggil bercerita.
Maaf jika aku bebas membicarakan tentang kita.
Maaf jika aku buka rahsia kita.
Maaf jika aku songlap kisah kita.
Maaf jika aku bunuh kepercayaan antara kita.
Maaf.
p/s: ingat jari! Kau jangan mengada - ngada mereka cerita. Jangan turut sangat kata hati. Beringat!
Memori #1
Assalamualaikum..
Mak..
Mak ingat tak..malam tuh..letrik tak ada, black out satu kampung. Dengan gelap gelita macam tuh, mak pergi dapur cari dian..
Ceq dengan adik escort belakang mak. Kami bukan takut, tapi kami taknak berpisah dari mak..hehehe.
Mak godek laci satu persatu. Mak bising - bising manalah bapak letak kotak dian. Time tuh ceq dah ada disisi kanan mak, adik disisi kiri mak. Berkepit bagai taknak lepas kain batik mak tu.
Tetiba mak jumpa sebatang dian dalam belanga. Bekas bapak pasang ubat nyamuk berlingkar tuh, cap Fumakilla..kotak oyen tuh..hehehe
Mak bawa dian tuh ke depan, kat tempat mak tinggalkan baju - baju yang tak terlipat lagi. Ceq tau, mak pun tau macam mana perangai anak dara mak yang seorang nih kan..malas lipat baju.hehe
Kami berdua duduk diam - diam kat situ, mak pesan jangan bising - bising bila malam - malam nih. Nanti ada yang datang kacau, kami terus jadi takut.
Mak perasaan tak, adik dah mula nak menangis. Dia dah merengek - rengek pastu nak duduk sorang - sorang atas riba mak.
Mana aci..Ceq pun nak duduk gak. Tapi mak marah..mak kata kak dah besar, mana boleh duduk atas riba mak lagi.
Mak teruskan melipat baju tanpa kata apa - apa. Hanya tersemyum melihat kami bergaduh, berebut nak duduk atas riba mak..hehehe..
Kami tau mak penat, penat melayan kerenah kami. Mak bising - bising, marah kami. Kami tau yang sebenarnya mak suka dengan teletah kami..hehehe..Mak..
Mak tau, tetiba ceq nampak sesuatu. Adik dah terkejut, apalagi ceq pon jerit la..rupanya - rupanya benda yang ceq nampak tuh abg yang diselubungi kain selimut putih. Ish menakutkan.
Mak cuma gelak saja. Bahagia. Abg pun buat taktau je, terus kejar kami pusing satu dapur, penat lari kehulu kehilir, sampai la mak dah habis lipat baju.
Lastnya abg yang kena marah sebab takutkan kami macam tuh..hehehe..Yes kami menang!
p/s: Mak, nasib malam nih tak black out, bley la ceq siapkan assignment yg kena hanta esok. Anak mak nih pemalas kan..hehehe.
Bila Liat..
Assalamualaikum dan hai.
Liat..
aku tak pasti apa maksud liat dalam kamus bahasa, tak sempat belek.
Tapi, aku rasa aku seorang yg liat..liat buat kerja..hehe..
Bagi aku..liat bukan malas. Kalau malas tuh kita boleh fikir lagi, kena rajin nih, so kita akan buat. Tapi kalau feel liat tuh datang..kau paksa la hati kau mcm mana pun, takkan tergeraknya hati kau tuh..
Anak dara memang huduh bila liat.
Mean..
Liat nak basuh baju busuk berminggu - minggu tersimpan jd harta karun dalam baldi..
Liat nak mandi, kejap la kejap la kejap la sampai ke malam pun tak mandi mandi..
Liat buat assignment..dah tau kena submit esoknya, kau pulun layan fb yang memang takkan lari gunung dikejar..
Liat minum air..oke nih memang kena batang hidung aku sendiri..huhuhu
Liat untuk tunaikan azam tahun lepas yg postpone ke tahun nih..entah berapa kali azam yg sama aku berazam..
Pendek kata memang liat la..Aku percaya kita sume macam nih kan. Tipulah kau kata kau tak liat.hahaha
p/s: TQ pd kawan - kawan yang tergur2 manja tuh..Aku berazam untuk ubah perasaan liat ke malas. hehehe
Wednesday, 6 March 2013
Bila Air Tiada..
Assalamualaikum dan hai..
Stay kat hostel, jauh ke pedalaman kampung tak membuatkan aku terasa sunyi dan sepi, even nak keluar dari kampung nih ke bandar pun payah if takde kereta or kenderaan la kiranya..huhu..Nak keluar ke jalan besar pon dah 9km. Oh tak kisah..
Walaupun takde entertainment sekali pun aku tak kisah. Sebab semua tuh kita boleh layan kat laptop kan..student life..kau nak tengok cerita apa..bilang saja. Macam - macam ada. Kita buat sistem barter, copy paste. Hahahaha..
Tapi nih bukan soal cerita. Ni soal air.
Soal keperluan.
Bila dah takde air, aduh susah. Susah nak cakap.
Nak mandi - tak ley
Nak buang tuh buang nih - tak ley
Nak masak maggie - tak ley
Nak masak air - tak ley
Air tuh salah satu keperluan. Yes. Aku baru sedar. Time ada air mencurah - curah, tak pernah rasa bersyukur.
Dibiarkan saja air melimpah dalam tangki.
Tak tutup paip air dengan sempurna.
Buat tak reti kalau tak minum air secukupnya.
Haa sekarang baru kau terasa betapa pentingnya air nih.
Belajarlah. Belajar untuk tahu bersyukur. Bersyukur dalam semua perkara. Ucapkan lah Alhamdulillah.
p/s: Aku harap sangat ada air dalam rumah nih, macam mana nih, takkan nak p kelas tak mandi????Air tuh PENTING sangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)