Monday, 31 December 2012

Perasaan mengatasi keinginan

Assalamualaikum dan hai..

Dah lama tak update blog nih semenjak bz dgn life kat opis yang sume kelam kelibut bila nak masuk tahun baru..

Yeay tahun 2013 tau..Selamat tinggal tahun 2012..sebentar saja lagi..Lebih kurang tiga jam je lagi..Bukan tak sabar tetapi nak sangat jangan la masa cepat berlalu..

2013
Sumber : pakcik google

Aku pasti yang pada malam tahun baru nih mesti ramai orang berpusu - pusu keluar menyambut tahun baru di luar..Mungkin di dataran merdeka yang dibanjiri ribuan manusia..

Arghh penat..penat..penat. Baru je balik dari dataran merdeka, demi tugasan..walaupun cuma krew di belakang tabir pun sudah puas hati tau..Gile ramai orang..Macam semut je tengok..Eh jangan lupa support Podium oke. hehehe

Jangan lupa datang beramai - ramai oke.


Siyes aku cakap, aku tak pernah sambut tahun baru di luar. Selalu di rumah, aku hanya sambut dengan menonton tv bersama bapak, tepat pukul 12 tgh malam, bunyi mercun berdentum - dentum menandakan hari baru dah masuk..

Time tuh la line bz nak mampus, nak msg pun asyik msg sending fail je..memang menyakitkan hati..

Tapi bila aku berada di situasi sebenar, live..sume yang aku nak berada di depan mata..secara automatiknya..Arghh nih ke apa yang aku nak?

Jujur aku cakap, aku nak sekali meraikan tahun baru di luar, bukan berada di depan tv sambil melayan konsert2..bukan.. Aku nak rasa..feeling meraikan tahun baru bersama - sama kawan, lepak - lepak, layan konsert sama - sama..tapi bila aku berada di situasi macam tu..Aku tak nak!

Tipu la kalau aku tak nak, tapi aku seakan culture shock tengok keadaan di dataran merdeka tadi..Hahaha..aku memang jakun. Puas, puas aku meneliti..Ada yang sebaya, ada yang muda, malahan baya sekolah rendah pon ada, yang lebih tua pon ada..Dan semestinya, KL nih macam sebuah negara yang asing yang penuh dengan muatan warga asing..

Dan aku yakin, apa yang aku impikan selama ini bukan apa yang aku inginkan..Yeah aku bukan seorang anti sosial, aku keluar lepak, berjalan - jalan tanpa arah tujuan..itu aku. Hahaha, tapi untuk meraikan sambutan tahun baru di luar, yang aku dapat ofer free..confirm aku tolak.

Bukan jiwa aku. Aku tak sesuai berada di dalam kelompok semut - semut..Hahaha..

Syukur aku berada di jeriji tingkap bagi hematku, aku lebih selamat berada di sini, jauh hiruk pikuk kota yang merayakan tahun baru 2013..Jauh dengan kerenah mereka..Hahaha

p/s: Tum tum tum..Aku..kau..kita berbeza.

Friday, 28 December 2012

Cerita Jumaat

Assalamualaikum dan hai.

Hari Jumaat 28 Disember 2012.

Hari jumaat terakhir dalam tahun 2012..Lagi berapa hari je nak masuk bulan 1..bulan 1 tahun 2013..Argh cepat sangat masa berlalu kan..

Hari ni macam - macam jadi, pagi - pagi sinki dah pecah..sampai opis pon lambat..Ter-join lak shooting bersama geng promo tuk PSA. gula (khas tuk orang - orang yang tak alert dengan kencing manis haha)
tak ada gambar nak tunjuk sebab takde sape yang sudi ambil gambar..huhu

Dah setel keje kena rushing pergi LHDN kat jalan duta tuh..nak matikan setem je pon..siyes taktau ada kat situ..Itupun search kat internet. Terima kasih pakcik google..hahaha



Terima kasih to kak Mar, bawa kitorg pergi sana, makan nasi kukus tepi jalan..Last makan time kat kelantan kot..oo rindu gile kat nasi kukus Zaeman..wait for us..tak lama dah tuk kembali ke sana..


Rindu kot.. Makan nasi kukus Zaeman kat Pengkalan Chepa, Kelantan.

Dah siap semua keje kena rushing lak g kl sentral..Aku tau satu tempat tuh ja one stop center PTPTN, janji ada je la kan..yeah dah hantar kembali surat tawaran pertukaran ujrah. Kau dah buat? Boleh check disini.. http://www.ptptn.gov.my/index-ujrah.html


And now, terperangkap di depan pc, tak tau nak buat apa..sebab member2 aku dok buat kerja, aku goyang kaki, free di depan pc yang buta melihat aku..hahaha.. Mau la koman - koman pukul 8-9malam baru sampai rumah ni.

p/s: Siapa tak tukar lagi better tukar ujrah tu supaya tak membebankan nak bayar balik hutang oke.

Sinki Pecah

Assalamualaikum dan hai..

Dah lama tak update blog..dah beku kepala simpan benda - benda yang serabutkan jiwa.

Hari ni macam -macam jadi..

Kenapa la pagi - pagi sinki dalam bilik air pecah?? Terkejut gile..Dah la jatuh atas kaki, sakit serpihan sinki tertimpa kaki lagi sakit dari kaki berdarah..huhu

Stress stress stress
Sumber :pakcik google
Bagus kan aku, menjahanamkan barang rumah sewa..Tahun 2012 tahun macam - macam jadi..Duit keluar lagi.. Arghhh stress stress stress

p/s: Aku terkejut lagi nih..

Tuesday, 25 December 2012

iPhone5

Assalamualaikum dan hai..

Kenapalah sekarang berlakunya fenomena..:mari kita beramai - ramai membeli smartphone dengan harga yang rendah, dengan pakej dan tawaran yang menarik..

Adakah disebabkan kau dapat duit bonus?Gaji yang masyuk? Duit datang melimpah ruah?Elaun kau banyak?

Arghh stress aku stress.

Member aku : Aku ingat aku nak beli nset baru la, nset aku kan hilang, penyangak mana tah culik
Aku : Yeke, aku pun ingat nak beli nset baru gak, takmau dah nset lama nih, buat sakit hati ja
Member aku : Ang nak beli nset apa? Jom kita survey nak..
Aku : Jom - jom. Kalau aku ada duit aku nak beli Galaxy Note 2 kot..
Member aku : Kalau aku, aku nak beli iphone5, perghh gempak kot, ha Sony ka..Samsung ka..

Bla..bla..bla..

Kau memang cantik dan menawan

Member aku lagi sorg : Aku dah beli Iphone5.

Arghhhh..

Ini yang menyampah.. kita pulun - pulun dok discuss nak beli nset apa, orang lain dulu yang beli. Bukan dengki, tapi kenapalah nasib kita macam nih..

Kau rancang la macam mana pun, bla bla bla..nak beli nset tuh nset nih..Kalau takde duit kat tangan takde guna gak. Cuma boleh cakap kosong saja..bla bla bla..

Orang lain yang takde angin, ribut, senyap..tup tup relax je keluar iphone5..hahaha

p/s: Rezeki kita tak sampai lagi..sabar sajalah.

Dikalung Kasihan

Assalamualaikum dan hai..


 Petang - petang layan lagu Imran Ajmain sambil menyanyi - nyanyi..Perghhh...

Lirik Lagu Dikalung Kasihan – Imran Ajmain
Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia

Tiada cara membiaskanmu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza dia ketara tanpamu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Lelah ku pun terbela
Terlerai pedih lama

Feeling beb feeling...
Dah - dah toksah dok layan feeling - feeling nih..bangun pergi mandi dan ready sembahyang maghrib.

p/s : Ada hikmah nya kisah kita begini.

Kad Kahwin ooo Kad Kahwin

Assalamualaikum dan hai..

Petang - petang macam nih memang syok kalau tidur kan, lagi - lagi mendung dan hujan renyai - renyai di luar..eh, aku mana tidur petang..Buang tabiat namanya nih..

Sambil - sambil layan Running Man episod 101 nih..Arghh aku tau aku lambat, tapi takpe aku tak kisah..


Semua aku suka kecuali si giraffe nih, geram betoi la..haha

Arghh aku lupa, aku lupa..aku kan kena design kad kawen, aduhhh penin - penin..Mampus t client bising..huhu

Tapi aku masih penin dengan size yang client aku nak..macam - macam pilihan kan..sambil - sambil tengah design nih, anak pupu aku bagi contoh kad kawen yang dia buat..Ha dia graphic designer kat kelantan nuh..Doremi Design..ye kot..haha


Mekacih mira..Tengah - tengah dok serabut nih dia tunjukkan kad kawen yg dia design..Kad nih sebenarnya cuma separuh dari saiz A4 yang kemudiannya dilipat 4..Perghh memang kad kawen bajet nih..

Cuba kau bayangkan..kau nak dapat 100 keping kad kawen cuma guna 50 keping A4 ja..bajet kan..lagi bajet kalau kau nak print atas paper A4 yang nipis tuh mcm Yellow punya tuh..tapi apa barang..tak spesel la kad kawen nipis - nipis..hehe

haha..Sudah - sudah..Sambung design..lalala

p/s: Aku cuba hasilkan yang terbaik..Mood Running Man..shuh shuh shuhh

Nasi Lemak Bujang

Assalamualaikum dan hai..

Alhamdulillah kenyang..makan nasi lemak pun kenyang kan..lagi - lagi bila kita masak sendiri. Memang puas hati. Biar lah tak berlemak macam nasi lemak kat kedai tuh janji sedap. Macam housemate aku cakap, "takpe, kurang kolestrol" hahaha.. Lepas makan nasi lemak, kita tidur..haha

Kalau dok rumah bujang mestilah bahan - bahan pun bujang kan..haha..

Taadaaa Nasi Lemak Bujang

Sedap kan..nyam nyam nyam

Namanya sudah tentu Nasi Lemak kan, so masakan pelengkap mesti lah ada..Kena ada timun yang rangup, telur rebus yang gebu, sambal ikan bilis yang menawan dan sudah tentu ayam berempah tip top..hahaha

Hati membuak - buak nak buat ayam berempah, takkan nak makan ayam goreng saja, tak meletop la kau, takde yang spesel..

Jadi sebagai anak dara bujang - bujang belaka, kita buat guna bahan - bahan bujang jugak. Takpe, yang penting hasilnya tiptop..haha

Perap kau lama - lama

Bahan - bahan Ayam Berempah Bujang

Ayam (ikut kau la nak potong macam mana)
Bawang putih (ikut suka banyak mana)
Halia 1 inci dipotong halus untuk ditumbuk bersama bawang putih
Sedikit kunyit (ikut suka kau la nak kuning macam mana pun, aku tak halang)
Lada hitam secukupnya
Cili giling secukupnya (kalau kau nak pedas - pedas kau buh banyak -banyak)
Sos tiram secukupnya
Garam secukup rasa

Hah, kau gaul -gaul semua bahan kat atas tuh pastu kau jangan lupa sebatikan bahan - bahan dengan ayam sebaik - baiknya..kang tak rasa lak. Perap la selama mana kau nak perap.. Pastu boleh goreng.

Tadaaa...

Ayam Goreng Berempah Bujang yang sememangnya tip top

Oke, aku memang puas hati, walaupun tak se tip top macam kat kedai nasi kandar tuh janji sedap. Memang sedap kot...cuba lah..haha

p/s: 1st masak nasi lemak sendiri. Memang tak reti tapi menjadi. Yeah - yeah..so practice make perfect. 

Monday, 24 December 2012

Degil atau Ketegiaq?

Assalamualaikum dan hai..
Hari pun dah menginjak ke petang..Tinggal berapa jam lagi untuk pulang ke rumah..Argh tak sabarnya nak baringkan diri..atas tilam yang empuk tersadai di atas lantai..kena fikir positif..empuk empuk empuk..arghh stress stress stress..haha

Dah la pagi - pagi datang opis takde ekon..tak apa, bukan hal besar pun..buka pc, kau tengok aku tgk kau..Oh hari ni memang tak ada kerja, ramai yang cuti, esok kan cuti krismas, sambung saja la cuti kan..


Bila dah tak ada kerja macam nih tetiba rindu zaman belajar, padahal still pegang status pelajar lagi, tapi sekarang kan tengah praktikal, jadi suasana kerja tuh menyelubungi hidup. Betul la kata orang, time study kita rasa dah puas sangat, kita nak kerja, tapi time kerja kita rasa rindu sangat nak study kan..

Rindu lak nak baca buku tebal-tebal, stay up sampai ke tengah malam siapkan assignment, projek dan lain - lain..habis kejar due date tuh ini..

Tebalnya buku..Arghh stress
Sumber : pakcik Google

Tapi apa yang aku nak sampaikan ialah apa yang kau akan lakukan bila kau dah habis study kat dapat tawaran sambung belajar, kau nak terima atau kau teruskan niat kau mencari kerja untuk menjamin masa depan kau?

Ni lah masalahnya bila kau tak dapat buat keputusan dengan tepat, kau akan fikir macam -macam. Kalau kau sambung study mana kau nak cari duit untuk perbelanjaan dan yuran pengajian kau kan, aku faham. Sebab kita dah mind set kan bahawasanya bila habis study terus nak kerja dan bayar balik pinjaman.

Kalau aku jadi kau pun aku akan fikir banyak kali, banyak perkara kena ambil kira. Kalau ikutkan aku, aku nak sangat kau sambung study, sebab nasib kau tak macam orang lain..Tak ramai yang dapat tawaran sebaik saja kau habis study, itu tuah, rezeki namanya..Mungkin rezeki kerja kau tak sampai lagi..

Tapi apakan daya, aku bukan boleh paksa kau..Kalau aku, mesti aku terima..sebab aku minat belajar.. Dari kita paksa diri kita melakukan sesuatu yang kita tak suka, baik tak payah kan..Lagi merugikan masa depan ada la..

Aku tau kau memang begini..degil. 

Bapak : "Awat adik ang ketegiaq, taktau ikut perangai sapa, ikut adik ang la..pak takmau paksa"

Itu kata - kata bapak aku bila aku mula bertoleransi bagi pihak dia..Arghh aku juga serba salah. Tarikh tamat tawaran tuh makin dekat..apalah yang aku mampu lakukan untuk melembutkan hati dia..

p/s: Manusia zaman sekarang lagi pentingkan duit dari pelajaran. Setuju atau tak?

Sunday, 23 December 2012

Ketuk Ketang Ketampi

Assalamualaikum dan hai..

Di malam hari macam nih sepatutnya tenang - tenang ja kan..Angin mendayu - dayu..Tarik selimut menutupi kepala..huh layan perasaan sejuk - sejuk macam nih..lagi lak hujan lebat mencurah - curah kat luar..Aduh nyaman..

tok tok tok tang tang tang ketuk ketang ketampi...Arghhh stress stress stress..dah mula dah..

Bunyi benda alah nih menyakitkan jiwa
Sumber : pakcik google

Aku tak kisah kalau kau nak ketuk ketang ketampi sekali pun.Buat la sambal belacan ke, tumbuk bawang ke..Tapi ingat lah yang kau tinggal di rumah flat bukannya rumah teres pun..Aku taktau, tak kenal siapa pun kau wahai orang atas rumah aku nih..tapi cuba consider sikit keadaan orang berada di bawah kau nih..

Boleh naik gila kalau dengar ketuk ketang bertalu - talu..Kalau nak bertumbuk selama mana pun, cuba la lapik dengan kain tuala ke, kain alas kaki ke, at least takde la dengar macam rumah nak runtuh kan. Cuba hormati jiran - jiran anda..

p/s: Kalau boleh aku nak gerudi rumah atas..Yeah yeah yeah

Aiskrim biskut

Assalamualaikum dan hai..

Petang - petang macam nih rasa macam nak makan something..tapi taktau nak makan apa..aduh2..
Setakat makan keropok Snek Ku dengan air anggur nih, mana la nak kenyang sampai malam kan..oo lapar - lapar..huhu..

Sambil - sambil layan Running Man nih..ops baru episod 99..biar lambat asalkan selamat..hehe..tetiba tengok ada game makan aiskrim pastu kena lempar stick tuh masuk dalam tong..sebenarnya bukan nak cite sal game tuh tapi cite sal kepinginnya nak makan aiskrim biskut..kat tengah KL nih ada ka aiskrim biskut nih..teringinnnnnya.

Aku panggil aiskrim biskut tapi taktau la orang lain panggil apa.
Sumber : pakcik google


Selalu petang - petang pas habis kelas, sampai je hostel kita melencong dulu..haha..Bukan pergi mana pun, just singgah kedai runcit depan jalan beli aiskrim biskut..satu aiskrim cuma 50sen ja..haaa ada lagi ke aiskrim 50sen sekarang???gile murah doh..haha..

Aiskrim biskut nih tak ada la speselnya cuma aiskrim potong yang diapit dengan biskut wafer saja..Yang jadi istimewanya bila kau makan bersama - sama kawan-kawan kau di taman permainan sambil naik buaian dan makan dengan hati gembira..Ha itu yang best..Harga 50sen nih la akan jadi kenangan yang bermakna..Kadang -kadang kalau ada 1 je dalam peti tuh mau berebutnya dengan kawan kau..haha..Arghh kenangan..

Jom pergi kedai cari aiskrim pastu kita beli biskut wafer, kita apitkan nya jadilah aiskrim biskut..Kalau cari kat tengah Kl nih sampai bila lah aku tak dapat makan..

p/s: Weh, t kita balik hostel kita p beli aiskrim biskut nih eh..Rindu la..haha

Saturday, 22 December 2012

Bapa..I Love You

Assalamualaikum dan hai..

Hari sabtu. Dah hampir ke penghujung tahun 2012.. Ahh, tak sempat mengecapi usia dah nak masuk tahun baru..Masa sekarang cepat berlalu kan..Azam - azam tahun ni pun banyak yang tak buat lagi..

Sambil - sambil makan jemput kosong ni tetiba teringat kat bapak di kampung. Sambil layan lagu mendayu - dayu..argh rindu..rindu pada dia, rindu pada sotong kering. Hahaha..Eh telefon kejap..tut tut tut..bla bla bla..

Malu, malu, malu..

Aku : Assalamualaikum pak, pak sihat?
Bapak : Waalaikumussalam, sihat..sihat..Teh sihat?
Aku : Sihat..Pak buat apa tuh?
Bapak : Pak baru balik dr merket..Beli sayuq - sayuq, ikan..Ang da makan ka belum?Jangan lupa makan, kalau takda duit abaq kat pak na..
Aku : Dah makan pun (shhh makan jemput kosong ja), Ada lagi duit (ceq takda duit pun ceq cakap ada duit) pak jangan risau ceq oke ja.
Bapak : Ha baguih - baguih, pak selalu doakan keselamatan ang, kesejahteraan ang, kebahagiaan ang lepas pak semayang..ang jangan lupa semayang na..
Aku : Ha ceq ingat..(tapi time nih aku macam nak nangis da, dia sentiasa ingat kat aku tapi aku?) Pak jaga diri elok - elok na..
Bapak : Haa..pak oke2 ja la..Dah - dah, t pak tepon lagi. Assalamualaikum.
Aku : Wasalam.

tuuttttt...

Malu, malu, malu..sebab pak ja selalu tepon aku tapi aku?Boleh kira..selalu macam nih ja perbualan kami berdua..tak panjang dan tak berapa pendek..tuh ja dia akan tanya..

Aku tau, mana - mana anak perempuan kat dunia nih hakikatnya anak - anak kesayangan dan kerisauan seorang bapa. Sering kali kita dimomokkan dengan anak - anak lebih rapat dengan mak berbanding bapa. Tetapi sekarang hanya bapak saja aku ada.. Dia dah hampir menginjak usia 70 tahun, masih tegap dan mampu mengayuh basikal berbatu - batu, even kepalanya botak sebab dia cakap rimas rambut putih tuh..haha bapak oo bapak.. "bek pak botak ja, licin sikit"

Aku membesar bersama - sama adik beradik aku lagi 8 orang..bukan angka yang sikit tuk bapak aku jaga anak - anak terunanya dan anak - anak daranya..Arghh dia memang gagah..Walau suatu ketika aku juga menyampah..bukan..bukan aku menderhaka..cuma..perasaan jiwa remaja yang memberontak..

Sepanjang hidup aku hanya berada di dalam alam asrama, dari sekolah menengah ke politeknik kemudian sambung lagi ke universiti..jarang balik rumah..kadang - kadang tertunggu - tunggu dia datang tak hujung minggu ni, tapi tak pernah pun muncul..time tuh rasa macam dia tak sayang aku pun, tapi bila dah besar panjang macam ni..bukan dia tak sayang, dia sayang sangat tapi dia cuma tak tunjuk kasih sayang secara mata kasar..

Dan sekarang dia risau terhadap calon suami aku, bagi aku, aku masih muda, baru 25 tahun kot tetapi gila study..haha balik rumah je tanya "kalau dah ada bagitau kat pak na..pak tak kisah sapa - sapa.."  Aku tahu, jauh di sudut hatinya dia seakan risau dengan keadaan anak daranya yang seorang ni. Secara jujurnya, sebelum ini aku dah ada pilihan hati, tapi belum sempat aku nak bgtau bapak, hubungan kitorang full stop. So aku sendiri tiada calon. Bapak aku selalu cakap "pak tak akan pilih suami tuk anak - anak dara pak, ampa pilih sendiri, pak tak kisah "


Pak oo pak..lau ceq boleh pilih laki ceq macam pilih baju ceq dah amik selai..Hehe..gatal.



Susah nak cari lelaki yang betul - betul mahu bertanggungjawab ke atas kita..Kalau boleh aku nak bakal suami aku tuh macam bapak aku..haha..mungkin bukan semua perangai dia sebijik la..tak mau tak mau..
Jangan risau pak, sampai suatu masa ceq akan kahwin, mungkin bukan sekarang, mungkin 1 2 3 tahun lagi..dan ceq akan sentiasa berdoa akan kesejahteraan pak, kebahagiaan pak di dunia dan akhirat, sentiasa ceq berdoa memanjatkan syukur..ceq masih ada bapak untuk teman ceq melalui liku - liku hidup ceq..sungguh ceq tak mampu membalas cinta dan kasih sayang yang pak tunjukkan selama ini..

Jadi buat bapak yang tersayang..maafkanlah anakandamu ini..Maafkanlah semua kesilapan yang telah aku lakukan..percayalah takkan aku persiakan segala harapan yang kau berikan..Amin

p/s: Pak, ceq sayang pak dan keluarga kita.

Friday, 21 December 2012

Bahagia Dalam Perpisahan

Assalamualaikum dan hai..

Tak sampai berapa minit aku post lagi post baru..bukan gila tajuk bukan gila glamour..haha sebab aku tau tiada siapa yang baca blog ni..haha..cuma bosan menanti hari ni tuk habis. Mahu saja merehatkan minda, badan yang letih dengan tiada kerja yang perlu dibuat di opis..

Oke..berbalik pada tajuk tadi, bahagia dalam perpisahan. Aku sangat tertarik dengan tajuk yang diutarakan dalam majalah Dara.com di ruangan Topik. Oh bukan, bukan aku nak tiru, cuma tajuk nih menarik perhatian aku..semua orang bahagia tetapi semua orang juga derita jika berlaku perpisahan kan. Tak semesti berpisah kekasih tapi juga bercerai bersama pasangan..ahh itu mmg derita.

Tetapi sebenarnya..percayalah kadang - kadang suatu perpisahan itu membawa kebaikan. Ahh aku bukan nya seorang pencerita, seorang motivator, juga bukan orang alim ulamak, aku cuma perempuan biasa. Ada seorang kawan bercakap yang aku nih perunding cinta diktator..hahaha

Time kita bercinta, kau hepi macam takde orang lain kat dunia ni. Tapi, tak semua percintaan kat dunia nih smooth mcm air yang dicincang tak akan putus. Ada setiap saat dan ketikanya kau akan bergaduh, bermasam muka, mula tidak mempercayai satu sama lain, tidak jujur akan perasaan. Masa tuh kau akan berfikir secara negatif. 

Kau akan fikir yang perhubungan kau dan si dia bukan jodoh yang ditetapkan. Aku memang tak ley cakap apa -apa..sebab apa kau tau, sebab aku taktau apa pengakhiran cerita kau berdua, sebab aku bukan Dia..

Cuma percayalah, sekiranya perhubungan yang kau bina akhirnya putus ditengah jalan, itu bukan pengakhiran hidup kau. Tidak sama sekali. Jalan hidup kau masih panjang. Jika kau mengalami perpisahan itu bukan bermakna kau tak baik, kau buruk serba serbi itu cuma hidup kau bukan ditetapkan bersama si dia. 

Cerita cinta. Aku percaya tak semua melalui satu percintaan dalam hidup. Mungkin sudah 2, 3, 4, 5..hahaha. Kalau yang sudah berkahwin pun boleh bercerai apa lagi yang bercinta. Mungkin kau belum lagi berjumpa yang terbaik, belajar lah dari pengalaman percintaan. Jangan kau nodai cinta dengan dosa - dosa. Hidup kau memang tak akan bahagia kerana kau dikejar bayangan silam.

Bahagia dalam perpisahan. Perpisahan membawa kebaikan.

Kehidupan ini perlu diteruskan. Kalau kau nak patah balik pun kehidupan kau sebelum berjumpa si dia, memang tak dapat la..bukan kau ada time controller pun kan. Aku tau memang payah nak cari pengganti, memang payah nak terima cinta lain. 

Tapi, luaskan pandangan kau, masih banyak kebahagiaan yang menanti di depan. Kau pilih saja yang mana satu..hehehe. Yang penting, kau redha lah atas perpisahan yang terjadi. Selagi kau berdendam selagi itulah hidup kau tak akan tenang. Kau akan anggap semua orang sama sahaja. Tak kira la wahai lelaki mahupun perempuan. Sucikanlah hatimu.



p/s: Cerita kita sama sahaja. Ingatlah, Jangan terlalu berpaut pada pokok, eh pada kenangan lalu padahal banyak impian yang boleh digapai.

Aku sayang persahabatan antara kita

Assalamualaikum dan hai..

Berkawan biar seribu rite.. Selalu kita di momokkan dengan pepatah macam tuh kan..tp ada pair la.berkawan biar seribu bercinta biar satu.. tapi hari ni aku juz nak view tajuk seperti tertera di atas..hehehe

Bukan aku tak percaya pada persahabatan. Aku sangat mempercayainya. Aku merupakan salah seorang kawan yang sayang pada persahabatan dan persahabatan diutamakan daripada percintaan. hahaha.

Tapi, selalu orang akan cakap berkawan selamanya - lamanya.. friendship never ending..but adakah anda tahu, daripada pandangan aku, persahabatan tuh boleh putus bila - bila masa sahaja. Even, dia merupakan kawan baik or kawan rapat kita sekali pun. Mesti korang akan cakap ish bengongnya dia nih..kata tadi aku sayang pada persahabatan.. ya tepat sekali memang aku sayang pada persahabatan tapi percaya lah selama mana kita berkawan akhirnya akan putus sekelip mata macam kawan tikam kawan..hahaha. 

Kalau kau ada kawan rapat tapi akhirnya dia tikam belakang kau, buat onar, aniya kau, adakah kau akan kawan lagi dengan dia..tak kan..so friendship is not forever.. full stop. Tapi tak semua orang akan buat macam nih, akan ada sebahagian yang mudah memberikan kata - kata maaf.. why? Sebab dia sayang persahabatan yang dibina selama ini..Salah satunya..aku. Aku akan maafkan tetapi tak mungkin persahabatan yang dibina akan kekal seperti yang dulu lagi..tapi percayalah aku bukan orang yang akan putuskan persahabatan semudah itu.

"Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya."

Alhamdulillah, setakat ini aku punya kawan - kawan yang baik, ada susah senang bersama - sama, sahabat yang tidak lokek ilmunya untuk dikongsi, sahabat yang terima aku seadanya, sedar aku hanya manusia biasa.

Untuk sahabat - sahabat yang aku sayang..uhibbuki fillah..harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya. 



p/s: Aku sayang persahabatan antara kita, percayalah persahabatan ini terjalin kerana Dia dan Dialah yang menetapkan ukhwah itu. 






Wednesday, 19 December 2012

Majoriti..orang bodoh demi cinta

Assalamualaikum dan hai..

Ops tajuknya membuatkan orang akan memberontak..kenapa, mengapa, sebab apa aku cakap mcm nih..
sebab aku sebahagian, sebahagian dari majoriti..orang - orang yang bodoh demi cinta..haha

Saat ini..
Aku yang diperbodoh - bodohkan demi cinta..
Demi cinta yang aku harapkan..
Hanya dari dia yang aku impikan..
Impikan kita bahagia..
Bahagia hingga ke akhir nyawa..

Aku perempuan itu..
Perempuan dimamah cinta..
Cinta yang hipokrit..
Hipokrit demi dia..
Dia yang aku cinta
Cinta dan maruahku bersamanya
tapi 
Aku perempuan itu, perempuan yang bodoh
Bodoh mengenal erti cinta..

Mengapa..
Mengapa kau menghapuskan jiwa aku
Mengapa kau memberi cinta tapi kau merampasnya kembali
Mengapa kau membuang jauh perasaan aku
Mengapa kau disitu, membiarkan aku disini
Mengapa kau biarkan aku, kau bahagia bersama si dia!

Bodoh..
Aku bodoh demi cinta pada dia
Aku bodoh mengenal erti cinta hakiki
Aku bodoh mengharap padanya lagi
Aku bodoh mengharap cintanya yang hilang..
Hilang..hilang..hilang.

Yeahhh..ini cuma perasaan aku, perasaan majoriti perempuan perempuan di luar sana yang pernah bodoh demi cinta..
Ia..kata -kata ini kelihatan kasar..Mungkin kasar pada pandangan kau..tapi ini cuma emosi aku, perasaan aku dari jiwa. Aku bukan..bukan menghina kaum sendiri...ini kisah kita..perempuan yang pernah diperbodoh-bodohkan demi cinta..bangun, bangun! Jangan kau dambakan lagi cinta ini..cinta yang diperbodohkan..

p/s: Aku kagum dengan fynn Jamal. Dia buka mata aku, hati aku, jiwa aku. Walaupun dia tak baca post aku tapi percayalah kata-katanya membuatkan hari - hari aku hidup. Dia memotivasikan aku.. Terima kasih.
Jujurnya cerita kita tiada beza.

Tuesday, 11 December 2012

Macam mana nak tau saiz header blog kita?

Assalamualaikum dan hai..

Hari ni mood nak tulis blog tetiba datang..sebab meja kita kosong..hehehe..
Kalau tak jangan kan kata nak buka blog, facebook pun tak sempat..uhuk2..

Bagi aku, 1st impression aku masuk blog orang mesti tgk header dulu baru tgk isi2. Hehe..Mungkin itu eye contact..hehehe..So bila kita ada blog mesti kita nak ada header gak kan..

Oke..macam mana kita nak tau saiz header blog kita kan..kadang-kadang kalau kita nak edit or design sendiri header, kita tak pasti dengan saiz dia bila kita nak create one new document kat adobe phostoshop...

Cara aku, aku suka view semua blog orang, view bukan stalker oke, aku juz nak tgk saiz header yang aku berkenan saja. Tak kisah la saiz mcm mana yang korang suka untuk diletakkan sebagai header blog korang sendiri.

Mula - mula kita view blog yang kita nak size header tuh dengan google chrome. Ya, aku pasti semua orang ada kan. Then right click on header tu - This will open up a little drop down menu and click "inspect element".
Nampak kan 'Inspect elemet" 

Kemudian akan keluar satu pop - up hampir separuh browser google chrome.. jangan risau jangan pelik oke.. Tak jadi apa - apa pun kat blog korang tuh..juz keluar HTML code saja..Kalau korang gerak sikit tetikus korang tuh, dia akan tunjuk saiz lain lak.

Sekarang..jeng jeng jeng..

Nampak tak?
Eh tak nampak? ini ha..
Ini lah size yang kita kehendaki : 1040px x 300px
So bila kita create new document dalam adobe photoshop kita dah boleh start design dengan saiz Width : 1040px & Height : 300px . Yeah dah boleh design..

Selamat mencuba *-^ 

p/s : Adakah korang tau saiz timeline facebook korang? Kita ada jawapannya..hehehe



Awak..kita tumpang bahagia

Assalamualaikum dan hai..

" Apabila salah seorang daripada kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk berkahwin, maka lakukanlah!" 
(HR. ABU DAUD)

Tahniah, aku tumpang bahagia atas pertunanganmu.

Hehe, weh jangan terkejut if aku letakkan gambar ang dalam blog ni..Memang if bertunang tak perlu kecoh - kecoh, tapi percaya lah sampai sekarang aku tak dapat percaya yang kawan baik aku dah bertunang. Tahniah seribu kali tahniah. Dalam tempoh ni la cuba la ang mengenali si dia dengan sebaik mungkin, mengenali pasangan dengan lebih dekat lagi..Anggap la gaduh rajukmu tu cuma tergigit lidah je..sakit kejap je.hehehe

Mcm mana pun jagalah hati, jaga iman, jaga akhlak dan juga jaga amal dunia dan bekalan akhirat. Ya, aku percaya dia mampu menjadi seorang suami yang baik padamu, seorang ayah yang penyayang pada anak - anaknya dan percayalah dia yang terbaik untuk mu.

p/s: cerita kita tiada beza tapi bezanya kita sendiri yang mencorakkan jalan kehidupan kita.

Friday, 7 December 2012

Untuk Kenangan

Assalamualaikum dan hai..
Terima kasih sebab sudi melawat blog ini.
Fuh! Pertama kali aku nak taip nih..terketar-ketar rasanya tangan ni..Tiada angin tiada ribut tiba - tiba aku rasa nak buat blog..
Untuk pertama kali, post ini sebagai kenangan tersendiri, mana tau kalau2 blog nih masih hidup lagi boleh la tunjuk dekat anak cucu kan..yes2! hehe..akhirnya berani jugak aku buat blog sendiri..asyik baca blog orang ja kan..hehehe..

p/s: anak2 mak..nih la blog mak, baca k.