Saturday, 22 December 2012

Bapa..I Love You

Assalamualaikum dan hai..

Hari sabtu. Dah hampir ke penghujung tahun 2012.. Ahh, tak sempat mengecapi usia dah nak masuk tahun baru..Masa sekarang cepat berlalu kan..Azam - azam tahun ni pun banyak yang tak buat lagi..

Sambil - sambil makan jemput kosong ni tetiba teringat kat bapak di kampung. Sambil layan lagu mendayu - dayu..argh rindu..rindu pada dia, rindu pada sotong kering. Hahaha..Eh telefon kejap..tut tut tut..bla bla bla..

Malu, malu, malu..

Aku : Assalamualaikum pak, pak sihat?
Bapak : Waalaikumussalam, sihat..sihat..Teh sihat?
Aku : Sihat..Pak buat apa tuh?
Bapak : Pak baru balik dr merket..Beli sayuq - sayuq, ikan..Ang da makan ka belum?Jangan lupa makan, kalau takda duit abaq kat pak na..
Aku : Dah makan pun (shhh makan jemput kosong ja), Ada lagi duit (ceq takda duit pun ceq cakap ada duit) pak jangan risau ceq oke ja.
Bapak : Ha baguih - baguih, pak selalu doakan keselamatan ang, kesejahteraan ang, kebahagiaan ang lepas pak semayang..ang jangan lupa semayang na..
Aku : Ha ceq ingat..(tapi time nih aku macam nak nangis da, dia sentiasa ingat kat aku tapi aku?) Pak jaga diri elok - elok na..
Bapak : Haa..pak oke2 ja la..Dah - dah, t pak tepon lagi. Assalamualaikum.
Aku : Wasalam.

tuuttttt...

Malu, malu, malu..sebab pak ja selalu tepon aku tapi aku?Boleh kira..selalu macam nih ja perbualan kami berdua..tak panjang dan tak berapa pendek..tuh ja dia akan tanya..

Aku tau, mana - mana anak perempuan kat dunia nih hakikatnya anak - anak kesayangan dan kerisauan seorang bapa. Sering kali kita dimomokkan dengan anak - anak lebih rapat dengan mak berbanding bapa. Tetapi sekarang hanya bapak saja aku ada.. Dia dah hampir menginjak usia 70 tahun, masih tegap dan mampu mengayuh basikal berbatu - batu, even kepalanya botak sebab dia cakap rimas rambut putih tuh..haha bapak oo bapak.. "bek pak botak ja, licin sikit"

Aku membesar bersama - sama adik beradik aku lagi 8 orang..bukan angka yang sikit tuk bapak aku jaga anak - anak terunanya dan anak - anak daranya..Arghh dia memang gagah..Walau suatu ketika aku juga menyampah..bukan..bukan aku menderhaka..cuma..perasaan jiwa remaja yang memberontak..

Sepanjang hidup aku hanya berada di dalam alam asrama, dari sekolah menengah ke politeknik kemudian sambung lagi ke universiti..jarang balik rumah..kadang - kadang tertunggu - tunggu dia datang tak hujung minggu ni, tapi tak pernah pun muncul..time tuh rasa macam dia tak sayang aku pun, tapi bila dah besar panjang macam ni..bukan dia tak sayang, dia sayang sangat tapi dia cuma tak tunjuk kasih sayang secara mata kasar..

Dan sekarang dia risau terhadap calon suami aku, bagi aku, aku masih muda, baru 25 tahun kot tetapi gila study..haha balik rumah je tanya "kalau dah ada bagitau kat pak na..pak tak kisah sapa - sapa.."  Aku tahu, jauh di sudut hatinya dia seakan risau dengan keadaan anak daranya yang seorang ni. Secara jujurnya, sebelum ini aku dah ada pilihan hati, tapi belum sempat aku nak bgtau bapak, hubungan kitorang full stop. So aku sendiri tiada calon. Bapak aku selalu cakap "pak tak akan pilih suami tuk anak - anak dara pak, ampa pilih sendiri, pak tak kisah "


Pak oo pak..lau ceq boleh pilih laki ceq macam pilih baju ceq dah amik selai..Hehe..gatal.



Susah nak cari lelaki yang betul - betul mahu bertanggungjawab ke atas kita..Kalau boleh aku nak bakal suami aku tuh macam bapak aku..haha..mungkin bukan semua perangai dia sebijik la..tak mau tak mau..
Jangan risau pak, sampai suatu masa ceq akan kahwin, mungkin bukan sekarang, mungkin 1 2 3 tahun lagi..dan ceq akan sentiasa berdoa akan kesejahteraan pak, kebahagiaan pak di dunia dan akhirat, sentiasa ceq berdoa memanjatkan syukur..ceq masih ada bapak untuk teman ceq melalui liku - liku hidup ceq..sungguh ceq tak mampu membalas cinta dan kasih sayang yang pak tunjukkan selama ini..

Jadi buat bapak yang tersayang..maafkanlah anakandamu ini..Maafkanlah semua kesilapan yang telah aku lakukan..percayalah takkan aku persiakan segala harapan yang kau berikan..Amin

p/s: Pak, ceq sayang pak dan keluarga kita.

5 comments:

  1. Replies
    1. eh sedih ke..so kena la salu tepon mak ayah kat kampung..

      Delete
  2. tacingg..~~ xsabaq nak jumpa pak ang.mst da cta2 menarik..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..org pertama yg akan tau..mesti lah ang..hahaha

      Delete