Friday 21 December 2012

Aku sayang persahabatan antara kita

Assalamualaikum dan hai..

Berkawan biar seribu rite.. Selalu kita di momokkan dengan pepatah macam tuh kan..tp ada pair la.berkawan biar seribu bercinta biar satu.. tapi hari ni aku juz nak view tajuk seperti tertera di atas..hehehe

Bukan aku tak percaya pada persahabatan. Aku sangat mempercayainya. Aku merupakan salah seorang kawan yang sayang pada persahabatan dan persahabatan diutamakan daripada percintaan. hahaha.

Tapi, selalu orang akan cakap berkawan selamanya - lamanya.. friendship never ending..but adakah anda tahu, daripada pandangan aku, persahabatan tuh boleh putus bila - bila masa sahaja. Even, dia merupakan kawan baik or kawan rapat kita sekali pun. Mesti korang akan cakap ish bengongnya dia nih..kata tadi aku sayang pada persahabatan.. ya tepat sekali memang aku sayang pada persahabatan tapi percaya lah selama mana kita berkawan akhirnya akan putus sekelip mata macam kawan tikam kawan..hahaha. 

Kalau kau ada kawan rapat tapi akhirnya dia tikam belakang kau, buat onar, aniya kau, adakah kau akan kawan lagi dengan dia..tak kan..so friendship is not forever.. full stop. Tapi tak semua orang akan buat macam nih, akan ada sebahagian yang mudah memberikan kata - kata maaf.. why? Sebab dia sayang persahabatan yang dibina selama ini..Salah satunya..aku. Aku akan maafkan tetapi tak mungkin persahabatan yang dibina akan kekal seperti yang dulu lagi..tapi percayalah aku bukan orang yang akan putuskan persahabatan semudah itu.

"Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya."

Alhamdulillah, setakat ini aku punya kawan - kawan yang baik, ada susah senang bersama - sama, sahabat yang tidak lokek ilmunya untuk dikongsi, sahabat yang terima aku seadanya, sedar aku hanya manusia biasa.

Untuk sahabat - sahabat yang aku sayang..uhibbuki fillah..harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya. 



p/s: Aku sayang persahabatan antara kita, percayalah persahabatan ini terjalin kerana Dia dan Dialah yang menetapkan ukhwah itu. 






No comments:

Post a Comment