Assalamualaikum dan hai..
Tak sampai berapa minit aku post lagi post baru..bukan gila tajuk bukan gila glamour..haha sebab aku tau tiada siapa yang baca blog ni..haha..cuma bosan menanti hari ni tuk habis. Mahu saja merehatkan minda, badan yang letih dengan tiada kerja yang perlu dibuat di opis..
Oke..berbalik pada tajuk tadi, bahagia dalam perpisahan. Aku sangat tertarik dengan tajuk yang diutarakan dalam majalah Dara.com di ruangan Topik. Oh bukan, bukan aku nak tiru, cuma tajuk nih menarik perhatian aku..semua orang bahagia tetapi semua orang juga derita jika berlaku perpisahan kan. Tak semesti berpisah kekasih tapi juga bercerai bersama pasangan..ahh itu mmg derita.
Tetapi sebenarnya..percayalah kadang - kadang suatu perpisahan itu membawa kebaikan. Ahh aku bukan nya seorang pencerita, seorang motivator, juga bukan orang alim ulamak, aku cuma perempuan biasa. Ada seorang kawan bercakap yang aku nih perunding cinta diktator..hahaha
Time kita bercinta, kau hepi macam takde orang lain kat dunia ni. Tapi, tak semua percintaan kat dunia nih smooth mcm air yang dicincang tak akan putus. Ada setiap saat dan ketikanya kau akan bergaduh, bermasam muka, mula tidak mempercayai satu sama lain, tidak jujur akan perasaan. Masa tuh kau akan berfikir secara negatif.
Kau akan fikir yang perhubungan kau dan si dia bukan jodoh yang ditetapkan. Aku memang tak ley cakap apa -apa..sebab apa kau tau, sebab aku taktau apa pengakhiran cerita kau berdua, sebab aku bukan Dia..
Cuma percayalah, sekiranya perhubungan yang kau bina akhirnya putus ditengah jalan, itu bukan pengakhiran hidup kau. Tidak sama sekali. Jalan hidup kau masih panjang. Jika kau mengalami perpisahan itu bukan bermakna kau tak baik, kau buruk serba serbi itu cuma hidup kau bukan ditetapkan bersama si dia.
Cerita cinta. Aku percaya tak semua melalui satu percintaan dalam hidup. Mungkin sudah 2, 3, 4, 5..hahaha. Kalau yang sudah berkahwin pun boleh bercerai apa lagi yang bercinta. Mungkin kau belum lagi berjumpa yang terbaik, belajar lah dari pengalaman percintaan. Jangan kau nodai cinta dengan dosa - dosa. Hidup kau memang tak akan bahagia kerana kau dikejar bayangan silam.
Bahagia dalam perpisahan. Perpisahan membawa kebaikan.
Kehidupan ini perlu diteruskan. Kalau kau nak patah balik pun kehidupan kau sebelum berjumpa si dia, memang tak dapat la..bukan kau ada time controller pun kan. Aku tau memang payah nak cari pengganti, memang payah nak terima cinta lain.
Tapi, luaskan pandangan kau, masih banyak kebahagiaan yang menanti di depan. Kau pilih saja yang mana satu..hehehe. Yang penting, kau redha lah atas perpisahan yang terjadi. Selagi kau berdendam selagi itulah hidup kau tak akan tenang. Kau akan anggap semua orang sama sahaja. Tak kira la wahai lelaki mahupun perempuan. Sucikanlah hatimu.
p/s: Cerita kita sama sahaja. Ingatlah, Jangan terlalu berpaut pada pokok, eh pada kenangan lalu padahal banyak impian yang boleh digapai.
No comments:
Post a Comment